Samada anda memilih untuk merancang sendiri atau membiarkan kami merangka percutian khusus untuk anda, kami pastikan anda melalui satu pengalaman alam ke budaya dan warisan yang istimewa. Saat manis untuk anda kenang.
Pakej percutian di Petang Island Resort dirancangkan khas agar menepati cita rasa tetamu yang memilih Tasik Kenyir untuk aktiviti mencabar atau atas tujuan mesyuarat dan sesi 'Brain-storming' atau sekadar bersantai.
Pakej percutian di Petang Island Resort untuk sekumpulan minima 10 orang menyajikan antara lain:
- Sambutan di Pengkalan Gawi dan pengangkutan ke Pulau Petang
- Penginapan berkembar
- Sajian makanan sepanjang penginapan
- Menyusuri Sungai Petang
- Berperahu ke Lasir, berkelah dan melihat matahari terbenam di pinggir air terjun
- Gua Taat - lokasi penggambaran filem 'Puteri Gunung Ledang'
- Gua Bewah
- Pembalakan dasar tasik
- Lawatan ke Empangan Hidro Sultan Mahmud, Kenyir
- Singgah di Pulau Herba
- Sesi meluncur turun dengan tali dan mendaki
- Berenang dan berkayak di tasik
- Sesi menjelajahi belantara diwaktu malam
- Kursus kembara lasak dan petua hidup dalam belantara
- Demonstrasi memikat burung dan menjerat haiwan
- Dewan Mesyuarat
- Ruang Karaoke
- Gelanggang permainan seperti sepak takraw dan konda kondi
- Kelengkapan`indoor games' dan peralatan memancing
- Berperahu melihat keindahan Tasik Kenyir sebelum dihantar pulang ke Pengkalan Gawi |