|
Dikenali sebagai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir menjadi kebanggaan negeri Terengganu. Meliputi kawasan seluas 260,000 hektar dengan kehadiran lebih 340 pulau, tasik ini adalah hasil daripada pembinaan Empangan Hidro Sultan Mahmud, Kenyir.
Berada di Tasik Kenyir adalah satu pengalaman yang pasti mengasyikkan. Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sekitar tasik, sungai dan kawasan hutan seperti memancing, berakit dan menjelajahi alam hutan. Melihat haiwan liar dalam habitat asal mereka pasti membuat anda teruja.
Samada ketenangan maupun pengalaman ekstrim yang anda impikan, pastikan Petang Island Resort, Tasik Kenyir menjadi destinasi pilihan anda.
|

Ekspres Tasik Kenyir bertolak dari Terminal Putra Kuala Lumpur setiap hari.
|
Laluan ke Kenyir:
Melalui udara
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia membuat beberapa penerbangan harian ke Kuala Terengganu. Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, anda boleh menaiki teksi atau bas ke Kenyir.
Perjalanan darat
Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga ke Kuantan dan pandu ke Utara melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor
Ekspres Tasik Kenyir bertolak dari Terminal Putra Kuala Lumpur setiap hari seperti berikut :
|
|
|
| |
Pagi - 9.45 AM (Khamis - Jumaat)
Malam - 9.00 PM (Setiap malam) |
|
| |
|
|
|
|
yang membawa anda terus ke Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir.
Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa 30 - 45 minit.
|
|