Bagi yang gemar memancing, bersedia untuk menangkis kecilikan Si Toman. Rasai kelazatan Baung dan Kelah, dibakar, kukus atau goreng mengikut citarasa anda.
Tempah Bahtera Petang kami, dan anda akan dibawa ke merata tasik gergasi ini. Bahtera Petang ialah penginapan terapung kami yang dilengkapi dua bilik tidur dan ruang tamu. 'Deck' di tingkat atas sesuai sekali untuk majlis keraian dan jamuan ringan.