|
Dalam proses itu, berpeluang melihat pelbagai flora dan fauna serta belajar mengenali bunyi haiwan liar dan kicauan sang unggas.
Lubuk Kelah
"Lubuk Kelah " terletak di Sungai Petang, 21 Kilometer dari Pengkalan Gawi, 40 minit dengan menaiki bot laju. Sungai Petang dengan keluasa 407 hetar dengan kepanjangan 20 kilometer - 10 kilometer berada dalam kawasan Taman Negara dengan 91 laluan dari Gunung Padang (1.314m) - adalah merupakan kawasan yang tertinggi. Lubuk Kelah, merangkumi 4,464 hektar telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan, dan pembiakan haiwan, unggas dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

Sungai Petang
Ini bagi memastikan kitaran alam adalah terpelihara. Dengan demikian memancing adalah dilarang di sini. Pelawat akan menikmati suasana yang pasti mengkagumkan... dengan melihat alam semulajadi yang nyaman, indah dan menyegarkan.
Pelawat juga akan merasai pengalaman dicubit dan digeletek ikan kelah merah ketika mandi di kawasan syurga kelah semulajadi ini.
 |